SHAH ALAM – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang merangkumi empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dijangka boleh beroperasi lebih iaitu November 2026 berbanding awal tahun 2027.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak.
“Tapi yang terkini, saya dapat maklum balas daripada CEO (Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak), kemungkinan boleh siap awal..mungkin boleh beroperasi pada November atau Disember 2026,” katanya ketika sesi TownHall Rakyat di Dewan Karangkraf di sini pada Jumaat.-Sinar Harian