KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Mohd Zuki Ali, bersama delegasinya, hari ini.
Melalui perkongsian dalam Facebook, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pertemuan itu bagi membincangkan peranan KWSP sebagai syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dalam membantu membina masa depan persaraan yang lebih baik untuk rakyat.
“Komitmen KWSP melindungi simpanan akan memastikan pesara dan bakal pesara yang mencarum, dapat mempunyai simpanan mencukupi untuk menikmati persaraan yang selesa,” katanya.-BH Online