Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

RANTAU PANJANG: Pengoperasian Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan diperluaskan ke 21 lagi lokasi pintu masuk negara pada 1 Februari ini.

Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Hazani Ghazali, berkata pintu masuk berkenaan termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sabah Sarawak, Kedah dan Pelabuhan Klang.

“Untuk projek rintis di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang hari ini membabitkan kekuatan 123 pegawai dan anggota.

“Untuk 21 pintu masuk lagi, kita anggarkan membabitkan lebih 6,000 pegawai dan anggota.

“Alhamdulillah kita mendapat sokongan penuh dari pelbagai agensi termasuk Jabatan Imigresen dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pengoperasian Rintis AKPS di ICQS Rantau Panjang yang dirasmikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.-BH Online