Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengadakan forum koperasi ASEAN tahun depan bersempena Kepengerusian ASEAN 2025, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata, forum ASEAN Cooperative Dialogue 2025 yang akan diadakan pada April itu, bersesuaian dengan pengiktirafan diberikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengangkat 2025 sebagai Tahun Koperasi Antarabangsa buat kali kedua.

“Forum ASEAN Cooperative Dialogue 2025 akan diterajui Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan akan didukung sepenuhnya oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

“Forum ASEAN Cooperative Dialogue 2025 akan diterajui Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan akan didukung sepenuhnya oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

“Sempena sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa yang kedua tahun depan, pelbagai pengisian dan program dalam negara diadakan sepanjang tahun, selaras dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dan sesuai dengan Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah selaku Presiden ANGKASA dan Pertubuhan Koperasi ASEAN,” katanya selepas merasmikan Majlis Peluncuran Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 (IYC2025) Peringkat Kebangsaan di Auditorium ANGKASA, di sini, hari ini.-BH Online