Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Halangan utama pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang kini masih di peringkat rundingan adalah kesukaran memuktamadkan struktur tadbir urusnya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata proses itu membabitkan banyak pihak terutama mendapatkan persetujuan daripada semua syarikat konsesi yang terbabit.

“Bagi status pelaksanaan MLFF, pada masa ini pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) masih menjalankan rundingan dengan pihak syarikat pencadang sebagaimana kelulusan prinsip yang sudah diberikan oleh Jemaah Menteri.null

“Untuk makluman, halangan utama yang dihadapi dalam pelaksanaan MLFF ini adalah bagi memuktamadkan struktur tadbir urus pelaksanaan kerana ia membabitkan banyak pihak terutama dalam mendapatkan persetujuan daripada setiap syarikat konsesi lebuh raya,” katanya menerusi jawapan bertulis di laman web Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan Wong Shu Qi (PN-Kluang)yang meminta penjelasan Menteri Kerja Raya mengenai bilakah MLFF akan dilaksanakan dan apakah halangan utama dihadapi kementerian itu. 

Mengulas lanjut, Alexander yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata, cabaran besar turut dihadapi KKR bagi merangka rang undang-undang (RUU) bagi pelaksanaan sistem berkenaan. 

“Antara lain, cabaran yang dihadapi adalah dalam merangka RUU pelaksanaan MLFF, di mana cadangan pindaan atau mewujudkan akta baru bagi menangani isu pencerobohan dan kesalahan tol perlu diteliti dengan mengambil kira akta-akta sedia ada,” katanya. null

Untuk rekod, kerajaan melalui KKR berhasrat memperkenalkan MLFF dalam usaha menambah baik sistem kutipan tol, sekali gus melancarkan transaksi pembayaran tol.

Melalui sistem itu, pengguna tidak perlu lagi memberhentikan atau memperlahankan kenderaan ketika membuat bayaran tol. 

November lalu, Alexander dalam satu kenyataan mengakui terdapat sekitar 13 daripada 33 syarikat konsesi lebuh raya tidak bersetuju dengan pelaksanaan sistem MLFF.

Kataya, tidak timbul pelaksanaan MLFF dipolitikkan atau dipolemikkan sebaliknya beliau menegaskan, proses agak sukar kerana majoritinya dibangunkan pemaju dan mereka mendapat dana kewangan daripada pihak swasta.-BH Online