Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengeluarkan arahan supaya semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas akibat banjir berpindah ke asrama yang disediakan.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata setakat ini, pihaknya juga sedang berunding dengan ibu bapa supaya membenarkan anak mereka berada di kemudahan asrama disediakan bagi memudahkan mereka sepanjang peperiksaan dijalankan.

“Setakat ini arahan sudah dikeluarkan supaya pelajar ini dipindahkan ke asrama, namun ada ibu bapa yang berhasrat menghantar anak mereka sendiri ke sekolah. null

“Bagaimanapun, kita minta mereka (ibu bapa) hantar anak ke asrama kerana kita tak nak ambil risiko antaranya kemungkinan ada yang tak dapat hadir peperiksaan akibat banjir,” katanya pada sidang media khas di KPM hari ini. 

Fadhlina berkata, setakat ini proses pemindahan pelajar sedang giat dijalankan di ketiga-tiga negeri paling teruk terjejas banjir iaitu di Kelantan, Terengganu dan Kedah. 

“Setakat ini di Kedah dan Terengganu sudah selesai sepenuhnya, hanya tinggal di Kelantan dan kita percaya ia boleh diselesaikan hari ini,” katanya. -BH Online