KOTA BHARU: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan digunakan bagi mengambil calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di pedalaman ke pusat peperiksaan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, perbincangan sudah dilakukan dengan ATM sebelum ini.
“Kita ambil beberapa pendekatan bagi anak-anak yang menghadapi peperiksaan SPM pada 2 Disember ini.
“Saya sudah koordinasi dengan ATM trak tentera digunakan untuk mengambil calon SPM di pedalaman ke pusat peperiksaan.
“Justeru, mohon guru dan pengetua supaya dapat koordinasi dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),” katanya selepas melawat PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.-BH Online