Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTRAJAYA: Negara luar melihat Malaysia dan ASEAN sebagai rantau paling aman di dunia dan pantas dalam pertumbuhan ekonomi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perkara itu disampaikan kepadanya sepanjang lawatan kerjanya di ke luar negara seperti China, Mesir, Arab Saudi, Peru, Brazil dan Korea Selatan, baru-baru ini.

Beliau menegaskan, Malaysia khususnya menjadi negara contoh kerana memiliki pelbagai kaum dan agama serta warna kulit, namun memiliki semangat kesatuan yang tinggi.

“Orang luar meneropong, dia cakap (Malaysia) ini antara negara rumit dijaga, banyak ‘peel’ (ragam), pelbagai warna kulit, tapi ada semangat kesatuan dan aman.

“Rantau Malaysia dan ASEAN juga dianggap paling pantas kelajuan dan pertumbuhan ekonomi,” katanya berucap pada Majlis Peluncuran Festival Idea Putrajaya (FOI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.-BH Online