KUALA LUMPUR: Masyarakat global semakin mengenali Malaysia dan mengagumi kepimpinan diplomasi serta peranan kritikal dimainkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pentas dunia.
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, berkata antara pemimpin yang memberikan pujian adalah Naib Presiden Google, Karan Bhatia yang memuji usaha dan pendekatan berani Perdana Menteri dalam bidang kecerdasan Buatan (AI).
“Ini memberi manfaat kepada negara kerana pihak Google bersetuju dan berani untuk membuat pelaburan di Malaysia berjumlah AS$2 bilion,” katanya dalam ucapan aluan Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Refomasi Perkhidmatan Awam 2024, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi, Mesir, Peru dan Brazil baru-baru ini mengangkat martabat Malaysia di persada dunia sebagai negara yang mendukung kesejahteraan sejagat.

Katanya, kerjasama global mampu meningkatkan pelaburan dan perdagangan.
“Misi negara ke Peru berjaya menarik potensi pelaburan RM1.2 bilion. Dengan Mesir, negara mencipta potensi eksport berjumlah RM4.8 bilion,” katanya.
Tambahnya, persahabatan dua hala dengan Brazil bakal mengetengahkan Malaysia sebagai pintu masuk serantau untuk sub-sektor semikonduktor dan bakal menjana potensi eksport RM6.8 bilion.-BH Online