Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyarankan semua masjid utama di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melaksanakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat semua mangsa tragedi serangan rejim Israel ke atas Gaza, Lubnan, Syria dan Yaman.

Masjid terbabit termasuklah Masjid Negara serta dua masjid di Putrajaya iaitu Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, saranan yang sama turut ditujukan kepada masjid, surau Jumaat dan surau seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengecam sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan oleh Israel dan ia perlu dihentikan segera. Tragedi itu menaikkan kemarahan di seluruh dunia.

“Semoga dengan usaha ini dapat menunjukkan keprihatinan dan solidariti kepada keamanan dunia,” katanya dalam hantaran Facebook, semalam.