KUALA LUMPUR: Pelaburan diluluskan sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini lalu melonjak kepada RM160 bilion, sekali gus menyaksikan peningkatan 18 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, semua pelaburan itu membabitkan hampir 3,000 projek baharu yang akan membuka lebih 79,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Khazanah Nasional di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan serta Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir.-BH Online