Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

LIMA, 14 Ogos- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof selamat tiba di Peru untuk lawatan kerja dua hari.

Pesawat membawa beliau mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jorge Chàvez, Lima pukul 4.15 pagi waktu tempatan atau 6.15 petang waktu Malaysia.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air kemudian dibawa ke lokasi penginapan.

Ketibaannya disambut Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Lima Mohamed Shahiran Mohamed Shah bersama-sama kakitangan Kementerian Luar Negeri.

Jumaat ini, beliau dijadualkan menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga (EMM) ke-14 sempena Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2024.

Sementara itu di luar mesyuarat, Fadillah dijadualkan bertemu rakan sejawatannya dari beberapa negara selain diaspora Malaysia di republik berkenaan.-Berita RTM