Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus berusaha mencari penyelesaian terhadap isu kos sara hidup dengan membantu rakyat mengimbangi kesan kenaikan harga barang, seiring petunjuk positif terhadap prestasi ekonomi negara ketika ini. 

Perdana Menteri berkata, biarpun angka pertumbuhan ekonomi negara dicatat positif untuk suku kedua tahun ini, selain kadar inflasi dan pengangguran yang masih rendah, ia bukan menunjukkan isu yang sedang dihadapi rakyat sudah selesai.null

“Apakah saya puas hati (prestasi pertumbuhan, kadar inflasi dan pengangguran yang masih rendah)? saya tak puas hati kerana kita masih hadapi masalah kos sara hidup.

“Harga barang yang menekan kehidupan. Sebab itu saya umumkan beberapa langkah untuk bantu rakyat secara langsung. Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bantuan diterima oleh sembilan juta orang, yang jumlahnya RM10 bilion, bukan kecil.

“Bulan Oktober, saya umumkan sistem saraan baru perkhimatan awam dengan menaikkan gaji penjawat awam. Ia adalah kenaikan paling tinggi dalam sejarah,” katanya berucap pada Majlis Penutupan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini. 

Turut sama hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan timbalannya, Datuk R Ramanan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah.-BH Online