Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berjumpa keluarga mendiang Teoh Beng Hock, bekas Setiausaha Politik EXCO Selangor, minggu hadapan.

Perdana Menteri menyatakan demikian selepas mengeluarkan kenyataan menerusi media sosial kelmarin, untuk berjumpa keluarga mendiang Beng Hock.

“Saya akan berjumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong minggu depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Bioekonomi Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Perdana dalam kenyataan di platform X kelmarin, menyatakan hasrat menemui keluarga mendiang Beng Hock, yang meninggal dunia dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2009.

Anwar juga memberi jaminan akan meneliti tuntutan terkandung dalam memorandum yang mahu diserahkan oleh keluarga dan aktivis di Parlimen, kelmarin.

Beng Hock yang juga saksi SPRM ditemui mati dan dipercayai jatuh dari bangunan sebelum Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kes itu pada 2011, memutuskan kematiannya kerana membunuh diri berikutan siasatan yang dijalankan SPRM.-BH Online