Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kementerian Pengangkutan mengambil tindakan berterusan bagi meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan rel negara termasuk Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT).

Menjawab teguran yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan pihaknya sebelum ini sudah menetapkan Indeks Prestasi Utama (KPI) kepada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana). 

“Ia adalah kelemahan yang sedang kita tangani daripada segi kekerapan, jumlah penumpang dan semua isu sudah saya nyatakan dari semasa ke semasa, bukan hanya kerana LKAN.

“Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kita sudah menetapkan sistem KPI kepada Prasarana mengenai Min Kilometer Antara Kegagalan (MKBF) untuk mengurangkan kegagalan selain memastikan perkhidmatan MRT dan LRT lebih cekap,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perkapalan dan Pelabuhan Kebangsaan di sini, hari ini.-BH Online