Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Sebanyak 2,790 premis diperiksa dengan 210 notis dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Ops Kesan 2.yang dilaksanakan 0 susulan penyasaran subsidi diesel.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh hasil pemeriksaan pada 23 Jun lalu juga menyaksikan tujuh kertas siasatan dibuka.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) berhubung tindakan bakal diambil KPDN supaya harga barang tidak melambung naik dengan mendadak susulan tindakan penyelarasan subsidi.

Dalam pada itu beliau memaklumkan KPDN turut melaksanakan operasi pra Ops Kesan bermula 2 Mei lagi iaitu sebulan sebelum Ops Kesan 2.0 dilaksanakan.

“Ia (pra Ops Kesan) dilaksanakan bagi mengambil maklumat mengenai harga barang. Kita mengutip lebih 1,772 SKU (unit penyimpanan stok) harga barang sebelum penyasaran subsidi bermula supaya kita boleh membuat perbandingan.

“Kita dapati hari pertama terdapat pihak yang mengambil kesempatan, namun selepas KPDN mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis, keadaan menjadi terkawal,” katanya.-BH Online