Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

China bersetuju untuk melanjutkan tempoh pengecualian visa pelancong Malaysia dari 15 ke 30 hari, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, persetujuan itu dicapai ketika kunjungan hormat beliau ke atas Perdana Menteri China, Li Qiang, kelmarin. 

“Saya ingin mengumumkan kedua-dua negara bersetuju (melanjutkan tempoh pengecualian visa pelancong kepada 30 hari).

“Pelaksanaan akan dibuat selepas perjanjian mengenai perkara ini ditandatangani ketika kunjungan Qiang ke Malaysia bulan hadapan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China di Rumah Tamu Negara Diaoyutai di sini, hari ini. 

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri China, Ding Xuexiang dan Timbalan Menteri Luar Malaysia, Datuk Mohamad Alamin.-BH Online