Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon, Nur Azifah Zainon Abidin, 60, bagi membantu meringankan beban kos perubatan kanser aktres itu.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar memaklumkan sumbangan itu disampaikan melalui Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang menziarah Nur Azifah menerusi Ziarah MADANI di kediaman pelakon itu di Hulu Kelang, dekat sini.

“Saudari Nur Azifah telah menderita sejak tahun lepas akibat kanser payu dara. Pelakon drama Istidraj dan Seindah Tujuh Warna Pelangi ini perlu menjalani rawatan berkala bagi merawat kanser tersebut, namun kos rawatan yang ditanggung amat membebankan.

“Saya mendoakan saudari Nur Azifah dikurniakan keafiatan oleh Allah SWT dan beliau diberi kekuatan untuk berdepan dugaan ini,” catat Perdana Menteri.

Media sebelum ini melaporkan ibu kepada lima anak itu memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM35,000 untuk kos rawatannya.

Selain Istidraj dan Seindah Tujuh Warna Pelangi, drama lain dilakonkan Nur Azifah, termasuk Kalimah JiwaDia Bidadari SyurgaInikah Dikatakan CintaSyurga NoahRatu Lori dan Suri Cinta.-BH Online