Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Presiden Interim Republik Islam Iran, Mohammad Mokhber memberi jaminan bahawa hubungan baik dan kerjasama kedua-dua negara akan terus dipelihara serta diperkukuh. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jaminan itu diberikan ketika beliau menghubungi Mokhber bagi merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Hossein Amir-Abdollahian.

Beliau turut memaklumkan bahawa Malaysia akan mewakilkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu ke majlis pengebumian kedua-dua pemimpin berkenaan. 

“Saya juga sempat mengimbau pertemuan sebanyak dua kali dengan Allahyarham Presiden, Ebrahim Raisi dan Hossein Amir-Abdollahianmdi New York dan Riyadh pada tahun lalu.

“Saya turut memberi jaminan kepada Mokhber bahawa Malaysia akan meneruskan komitmen yang dibuat kepada Iran di bawah kepemimpinan Allahyarham Presiden sebelum ini.

“Mokhber merakamkan penghargaan kepada Malaysia di atas perutusan budi dan takziah sementalahan menyifatkan kedua-dua negara adalah rakan strategik yang menyanjung hubungan politik dan ekonomi yang sangat tinggi.

“Beliau turut berduka di atas kehilangan dua orang kenamaan besar dalam kemalangan tragis dan malang itu selain meninggalkan pengaruh yang sangat kuat di Iran,” katanya dalam Facebook hari ini. 

Kelmarin, helikopter yang membawa Raisi, Hossein dan delegasi yang mengiringi beliau, terhempas pada di hutan Dizmar di wilayah Azerbaijan Timur.