Sorting by

×

Penjawat awam di Sabah akan turut menikmati kenaikan gaji tahun ini, sama seperti di peringkat Persekutuan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Ini pastinya perkara yang kita tunggu-tunggu terutamanya buat penjawat awam di negeri Sabah. null

“Kerajaan Persektuan sudah bercadang bagi menaikkan gaji penjawat awam yang akan diumumkan nanti oleh Perdana Menteri, mungkin sewaktu pembentangan belanjawan negara.

“Oleh itu, jangan bimbang buat penjawat awam di Sabah kerana kita juga akan melaksanakan perkara sama. 

“Bagaimanapun, kita tunggu dahulu perincian kenaikan gaji yang akan dimaklumkan kelak,” katanya selepas sambutan Tripartite Hari Pekerja peringkat negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.

Hajiji berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan Sabah akan turut melaksanakan kenaikkan gaji penjawat awamnya sama seperti pengumuman di peringkat Persekutuaan. 

Pada 1 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024. 

Beliau dijadual memperincikan kenaikan gaji penjawat awam Persekutuan pada pembentangan Belanjawan 2025 Oktober ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.-BH Online