Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin peta dan landskap ekonomi Malaysia akan berubah ke arah lebih baik jika penjawat awam mengamalkan kecekapan dan melaksanakan tugas dengan pantas.
Perdana Menteri menegaskan, jika penjawat awam memberi tumpuan dalam perkara terbabit, Malaysia akan terus menjadi perhatian dunia dari segi pelaburan
“Jadi saudara, tumpu ini dan saudara lihat, peta ekonomi, landskap ekonomi kita akan berubah dan saya yakin. Penjawat awam mesti tumpu perkara itu, yang lain simpang siur sepak terajang (politik), itu serah kepada saya dan kawan-kawan.
“Saudara tumpu (hal) ini, kerana Malaysia ada keupayaan sekarang bukan sahaja dari segi pertimbangan antarabangsa tetapi harapan dari segi pelaburan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri di sini, hari ini.-BH Online