Sorting by

×

Parti dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah tersendiri untuk memastikan calonnya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada Rabu lalu.

“… sudah pasti setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan ada kaedah tersendiri untuk memastikan kemenangan calon,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bagan Datuk di sini malam ini.null

Rumah terbuka di di Kompleks UMNO Bagan Datuk itu dihadiri lebih 8,000 tetamu daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. 

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong yang mewakili Pakatan Harapan (PH) pada 21 Mac lalu. – BERNAMA