Sorting by

×

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Haji Mohammed Hanif bin Omar sekitar jam 2.15 pagi tadi, Sabtu 20 April 2024.

Perkara ini disahkan oleh anak Allahyarham, Abdul Rahmat Omar bin Mohamed Haniff.

“Dengan perasaan amat dukacita.

”Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

”Saya, Abdul Rahmat Omar bin Mohamed Haniff, ingin memaklumkan pemergian pulang ke Rahmatullah Ayahanda kami yang dikasihi, Tun Haji Mohammed Hanif bin Omar sekitar jam 2.15 pagi tadi, Sabtu 20 April 2024,” kata Abdul Rahmat dalam kenyataan ringkasnya.

Urusan jenazah akan menyusul kemudian, jelas beliau lagi.

Tun Mohammed Hanif bin Omar (lahir 16 Januari 1939) merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keempat dan juga Ketua Polis Negara yang paling lama berkhidmat di Malaysia iaitu selama 20 tahun. Beliau menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang telah terbunuh akibat serangan komunis.

Dilahirkan di Teluk Intan, negeri Perak, Haniff Omar menjadi Ketua Polis Melaka pada 7 September 1970, dan Ketua Polis Selangor pada 6 Disember 1971. Pada 1 Februari 1973 beliau menjadi Timbalan Ketua Polis Negara, selepas persaraan beliau dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Memantapkan Pengurusan dan operasi-operasi PDRM 2004-2005.selain itu Tun Mohammed Hanif dilantik sebagai ahli Panel khas siasatan ke Aminul Rashid Hamzah pada 2010.

Tun Hanif Omar adalah Penaung Yayasan Pengaman Malaysia.