Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

Pada pertemuan itu, bekas Menteri Pengangkutan itu berkongsi beberapa isu rakyat dengan Anwar, selain turut menyampaikan pandangan berhubung isu semasa, khususnya berkait ekonomi, pendidikan, hubungan kaum, kos sara

“MCA akan terus menjalankan tanggungjawab dan memainkan peranan sebagai semak dan imbang dalam kerajaan serta mendokong apa juga keputusan yang memberi manfaat kepada rakyat,” kata Ahli Parlimen Ayer Hitam itu dalam hantaran di akaun Instagram.

Ka Siong antara yang lantang menegur pentadbiran Kerajaan Perpaduan, termasuk dalam isu PADU selain kenaikan harga minyak dan pemberian insentif kepada pengeluaran gula.

Tindakannya menimbulkan rasa kurang senang beberapa pemimpin dalam Kerajaan Perpaduan terutama pemimpin DAP malah ada yang mempersoalkan kesetiaan parti itu kepada kerajaan.

Sementara itu, Ka Siong berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana sentiasa mendengar pandangan yang disampaikan demi kebaikan rakyat dan negara.

Beliau turut membawa beberapa isu berkaitan kawasannya di Ayer Hitam seperti pembangunan infrastruktur dan cadangan menaiktaraf Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) kepada majlis perbandaran, selain projek pembinaan pasar awam Yong Peng dan pembangunan Yong Peng High School.-BH Online