Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Jaminan bekalan gas dalam konteks peralihan tenaga serta keterjaminan bekalan elektrik di Semenanjung, ialah antara perkara dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Tenaga Negara (MTN) Bilangan 1 Tahun 2024, hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, MTN adalah majlis tertinggi berkait penetapan hala tuju dan dasar strategik sektor tenaga negara.

“Saya tegaskan kepada ahli MTN, kepentingan kerajaan memberi fokus kepada agenda peralihan tenaga yang telah direncanakan melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

“Ini termasuklah mempercepat penyediaan rangka kawal selia Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS), mekanisme Akses Pihak Ketiga bagi sektor bekalan elektrik, serta mekanisme pasaran tenaga boleh baharu (RE Exchange),” katanya dalam hantaran melalui Facebook.

Beliau berkata, mesyuarat juga telah meneliti kemajuan projek dan inisiatif rintis perdana NETR.

“Sebanyak 10 projek rintis perdana telah bermula dan dipantau secara rasmi, serta membabitkan pelaburan yang sedang dimuktamadkan berjumlah RM60.7 bilion,” katanya.

Sejajar gagasan Ekonomi MADANI, Perdana Menteri berkata, pengurusan peralihan tenaga yang berkesan memerlukan pendekatan keseluruhan negara.

“Sebanyak 10 projek rintis perdana telah bermula dan dipantau secara rasmi, serta membabitkan pelaburan yang sedang dimuktamadkan berjumlah RM60.7 bilion,” katanya.

Sejajar gagasan Ekonomi MADANI, Perdana Menteri berkata, pengurusan peralihan tenaga yang berkesan memerlukan pendekatan keseluruhan negara.

Beliau berkata, ia bagi memastikan kesepaduan perancangan dan pelaksanaan dasar dalam mengimbangi trilema tenaga, iaitu jaminan bekalan tenaga, akses kepada bekalan tenaga serta kelestarian alam sekitar.

Mesyuarat MTN itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg; serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. – BERNAMA