Sorting by

×

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan sebanyak 4,230 projek teknologi hijau bernilai RM41 bilion sehingga 2023, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong.

Beliau berkata, pendekatan keseluruhan kerajaan yang diambil telah menunjukkan pertumbuhan yang ketara dalam pelaburan teknologi hijau.

“Hal ini jelas menunjukkan prospek Malaysia dalam pelaburan teknologi hijau. Dimaklumkan juga bahawa majoriti projek teknologi hijau yang diluluskan adalah bagi segmen projek solar,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai yang ingin tahu mengenai perkembangan terkini pelan strategik kerajaan untuk meningkatkan pelaburan teknologi hijau.

Chin Tong berkata, kerajaan juga telah menambah baik Insentif Teknologi Hijau melalui pendekatan berperingkat untuk menggalakkan lagi pelaburan dalam teknologi hijau.

Menurut beliau, insentif itu kini meliputi aktiviti pelaburan hijau yang lebih meluas, termasuk hidrogen hijau, stesen pengecasan kenderaan elektrik dan tenaga angin.

“Penambahbaikan ini bertujuan merangsang pelaburan syarikat baharu dan sedia ada bagi mendorong pencapaian negara neutral karbon menjelang 2050,” katanya.-BERNAMA