Sorting by

×

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang dirawat di sebuah hospital. 

Perdana Menteri berkata, Na’im baharu sahaja menjalani prosedur pembedahan kecil membuang kelenjar air liur yang mengandungi batu karang. 

“Alhamdulillah, keadaan beliau beransur pulih dan saya doakan agar beliau lekas sembuh, Insya-Allah,” kata Perdana Menteri dalam kiriman di Facebook.-BH Online