Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang sedang dirawat di hospital.
Dalam perkongsian menerusi laman Facebook dan X hari ini, Perdana Menteri mendoakan Ahli Parlimen Pandan itu diberikan kesembuhan segera.
“Berkesempatan ziarah Menteri Ekonomi, saudara Rafizi Ramli yang sedang dirawat di hospital.
“Alhamdulillah keadaan beliau bertambah baik. Mendoakan saudara Rafizi diberikan afiyah sesegera mungkin, insya-Allah,” katanya.
Anwar bagaimanapun tidak menyatakan tarikh dan waktu serta hospital Rafizi dirawat.
Oktober lalu, Ahli Parlimen Pandan itu dilapor dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas mengalami serangan jantung.
Difahamkan juga, Rafizi selepas itu berada di bawah pemerhatian doktor selepas menjalani prosedur pembedahan sten jantung.-BH Online