Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan cadangan untuk melaksana beras putih Malaysia Madani, mampu mengekang industri beras negara dari kawalan oleh pihak kartel.
Sehingga kini, kata beliau, kerajaan masih belum memutuskan pelaksanaannya, sebaliknya akan diteliti dan dibincang dalam mesyuarat Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).
“(Beras putih Madani) bukan (untuk sokong kartel), (sebaliknya) ini boleh sekat campur tangan kartel (beras). Ia akan dibincangkan dalam NACCOL dan belum ada keputusan,” katanya ringkas.
Beliau berkata demikian ditemui media pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama warga kerja Maybank di sini, hari ini.
Beliau menjawab gesaan Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh yang memintanya untuk tidak membenarkan cadangan beras putih Malaysia Madani dilaksanakan, berikutan ia didakwa seperti menyokong perbuatan kartel yang mencampurkan beras tempatan dan beras import.-BH Online