Sorting by

×

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan ucapan takziah kepada keluarga Presiden Namibia, Dr Hage Gottfried Geingob yang meninggal dunia, hari ini.

Beliau dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail turut berduka dengan pemergian Geingob.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya ingin mengucapkan takziah dan menzahirkan rasa simpati kepada Wanita Pertama Madame Monica Geingos serta keluarga mendiang yang sedang berduka, begitu juga dengan kerajaan dan rakyat Namibia,” kata Anwar dalam hantaran di laman media sosial beliau hari ini.

Tambah Anwar, pemergian Geingob disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat Namibia dan mendiang akan selalu diingati kerana kepimpinannya yang hebat.

“Dedikasi dan komitmen beliau telah menyaksikan kemajuan serta pembangunan di Namibia,” jelas Anwar lagi.-Berita RTM