Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara, sini, hari ini.
Pertemuan tersebut dikongsi menerusi Facebook baginda sebentar tadi.
Ia merupakan tugasan pertama baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 selepas melafaz sumpah memegang jawatan dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, semalam.
Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Selasa lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 31 Januari 2019.-Berita RTM