Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

SME Bank menyasarkan pembiayaan sebanyak RM4 bilion kepada usahawan, tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan, berkata daripada jumlah itu, RM2.5 bilion diperuntukkan khusus untuk perniagaan kecil dan sederhana (PKS).

Katanya, antara keutamaan adalah usahawan yang tidak mendapat akses pembiayaan dan terpinggir daripada sistem kewangan.

Selain pembiayaan, SME Bank turut menawarkan program di bawah Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn Bhd (CEDAR) bagi memberi khidmat nasihat keusahawanan.

“CEDAR ini adalah program yang unik dan memberikan bimbingan bukan saja pengurusan kewangan tetapi merangkumi setiap aspek lain seperti strategi perniagaan dan pemasaran.

“Saya akan bawa usul meningkatkan penguasaan CEDAR melangkaui semua agensi dan kementerian kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan selepas itu kepada Perdana Menteri,” katanya selepas mengadakan lawatan rasmi ke SME Bank di ibu negara.

Turut hadir Pengerusi SME Bank, Datuk Muslim Hussain, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr Aria Putera Ismail dan Ketua Pegawai Strategi Korporat Kumpulan, Datuk Dr Mohammad Hardee Ibrahim.-Berita RTM