Sorting by

×

Kementerian Pengangkutan hari ini mengumumkan penerbangan tambahan dari Kuala Lumpur ke Sibu oleh Batik Air Malaysia.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hasil perbincangan MOT dan Batik Air Malaysia, syarikat penerbangan berkenaan bersetuju menambah kapasiti dengan menawarkan penerbangan tambahan pada 6 dan 7 Februari ini.

Anthony turut berkata mulai 8 Februari 2024, Batik Air yang sebelum ini hanya menyediakan perkhidmatan penerbangan dari Kuala Lumpur ke dua bandar di Malaysia Timur, iaitu Kuching dan Kota Kinabalu, akan memulakan perkhidmatan berjadual ke Sibu dan Tawau.

Jelas Anthony, Batik Air juga telah bersetuju untuk menawarkan tambang ekonomi harga tetap pada RM399 untuk laluan sehala Kuala Lumpur ke Sibu.

“Tambang khas ini akan terpakai untuk lapan penerbangan Batik Air dari Kuala Lumpur ke Sibu bagi perjalanan dari 6 Februari 2024 sehingga 9 Februari 2024. Penjualan tiket bermula serta merta”, kata Anthony pada dalam satu sidang media selepas enyampaikan amanat Tahun Baharu Kementerian Pengangkutan di sini.

Tambah Anthony lagi, inisiatif tersebut adalah sebagai tambahan kepada tambang tetap oleh AirAsia yang telah diumum pada minggu lepas dan juga tambahan 20 penerbangan oleh Malaysia Airlines dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak untuk Musim Tahun Baru Cina setakat 4 Januari 2024.-Berita RTM