Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan perbezaan pendapat antara MCA dan DAP sebagai proses biasa dalam sistem berpolitik.

Malah, Timbalan Perdana Menteri menyifatkan perkara sama pernah berlaku ketika dua parti mewakili kaum Cina berada dalam BN, antara MCA dan GERAKAN.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan kedua-dua parti itu menyelesaikan sendiri perbezaan pendapat yang wujud antara mereka.

“MCA dan DAP perlu selesaikan sendiri (perbezaan pandangan),” katanya kepada media ketika ditanya mengenai tindakan pemimpin DAP dan MCA yang berbalas kenyataan di media massa dan media sosial.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Koordinasi Bersama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan FELDA di Ibu Pejabat FELDA hari ini.

MCA sebelum ini dilihat lantang mengkritik beberapa dasar kerajaan yang menyebabkan DAP mengeluarkan kenyataan ‘keras’ terhadap parti komponen BN itu.

Malah, Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok, dilaporkan mendakwa MCA sebagai ‘sesat’ dan

mengesyorkan MCA keluar BN, serta memperbaharui hubungan dengan BERSATU dan PAS dalam Perikatan Nasional (PN).-BH Online