Sorting by

×

Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas akibat gempa bumi yang berlaku di Wilayah Ishikawa, Jepun, hari ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar Negeri (KLN), Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau rapat perkembangan semasa, susulan gempa bumi yang melanda kawasan tengah dan barat Jepun, petang tadi.

Gempa bumi dengan magnitud 7.6 itu telah mencetuskan amaran tsunami sepanjang kawasan pantai barat Jepun.

“Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini dan nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” kata kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Tokyo melalui talian +81-3-3476-3840 atau +8180-3913-3840 (kecemasan).-Berita RTM