Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) sasar 35.6 juta kemasukan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, ia akan melibatkan RM147.1 billion perbelanjaan domestik.

Justeru, King Sing menyeru kerjasama strategik antara kerajaan negeri, kementerian, agensi dan rakyat untuk memastikan tempoh persiapan menjelang VM 2026 nanti dapat diperkukuhkan

“VM 2026 menyasarkan 35.6 juta pelancong asing dengan anggaran belanja domestik sebanyak RM147.1 billion kerjasama strategik yang melibatkan kerajaan negeri pelbagai kementerian agensi dan penglibatan industri serta sokongan daripada rakyat adalah sangat penting dalam memastikan bahawa program yang dirancang bagi tiga tahun ke hadapan mampu memberi impak ekonomi secara optimum”, katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tahun Melawat Melaka (TMM2024) dan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2024 di sini.

Sambutan tersebut turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan barisan kepimpinan negeri, jabatan dan agensi.-Berita RTM