Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Seorang pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) mengakui, masih wujud kecenderungan dalam kalangan perwakilan parti itu untuk membentuk kem atau pasukan tertentu pada pemilihan parti yang berlangsung hari ini.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad, berkata perbuatan itu perlu dihindarkan memandangkan kaedah pemilihan kepimpinan tertinggi adalah menerusi syura.

“Malangnya, nampak gayanya ahli (perwakilan) masih cenderung wujudkan ‘Team A’ dan ‘Team B’. Ini bercanggah dengan penubuhan AMANAH.

“Dulu kita pilih Mat Sabu (Datuk Seri Mohamad Sabu) bukan kerana ada Team A dan Team B, tapi kita bincang kerana itulah cara yang terbaik,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena Konvensyen Nasional Amanah 2023 di sini hari ini.

Lebih 1,000 perwakilan Amanah yang hadir pada konvensyen parti itu kali ini dijadual akan mengundi petang ini untuk memilih 27 Ahli Jawatankuasa Pimpinan (JKP) Amanah.

Kesemua 27 JKP serta tiga pemimpin utama sayapnya, kemudian akan bermesyuarat bagi memilih ‘Top Five’ parti iaitu presiden, timbalan presiden serta tiga Naib Presiden.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, tindakan membuat kem atau pasukan tertentu dalam pemilihan kali ini hanya akan mengundang perpecahan dalam parti.

“Kita serah kebijaksanaan 27 pemimpin yang dipilih buat keputusan (memilih pucuk kepimpinan). Biarlah mereka tetapkan berdasarkan kepentingan parti.-BH Online