Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu yakin Kerajaan Perpaduan akan kekal memerintah negara ini selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Menurutnya, keyakinan itu bersandarkan sokongan semakin baik diberikan penjawat awam yang menjadi undi penting dalam setiap pilihan raya.
“Undi penjawat awam kepada kita (sebelum ini) begitu parah susulan wujud dakwaan kerajaan akan bertukar selepas pilihan raya (PRN) di enam negeri (tetapi) selepas tidak ada pertukaran kerajaan.
“Saya yakin selepas empat tahun (PRU16) kerajaan (Perpaduan) tidak (akan bertukar) dan penjawat awam akan bersama (menyokong) kita,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Pemuda Amanah Nasional 2023 di salah sebuah pusat acara di Bangsar di sini, pada Sabtu.-Astro Awani