Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kerajaan tidak menolak kemungkinan akan meneruskan program eBelia Rahmah pada tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, keputusan bagi meneruskan program yang dilaksanakan pada Jun lalu itu akan mengikut keupayaan kewangan negara.

“Kita tangguh (keputusan sama ada untuk teruskan atau tidak) sehingga awal tahun depan untuk kita kaji semula, berapa pendapatan daripada kastam (Jabatan Kastam Diraja Malaysia), kita ada Ketua Pengarah Kastam yang baharu, lebih dinamik, lebih garang. Hasil pun kian bertambah, kemudian saya dapat tahu LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia) pun hasilnya bertambah.

“Kalau hasil bertambah, Insya-Allah kita akan belanja dengan baik,” katanya pada dalam sesi dialog Malaysia MADANI bersama Perdana Menteri di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.

Kredit e-tunai RM200 melalui program eBelia Rahmah diumumkan Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat, Februari lepas.

Tempoh pendaftaran dan tuntutan eBelia Rahmah sebelum ini dilaksanakan mulai 26 Jun hingga 22 Ogos.