Sejak tentera penceroboh Israel melancarkan semula serangan di Semenanjung Gaza pada pagi Jumaat, sejumlah 178 orang awam, termasuk kanak-kanak dan wanita terbunuh serta 289 yang lain cedera.
Menurut laporan Agensi Berita WAFA, Hospital Kamal Adwan di bandar utara Beit Lahia menerima lebih 54 mayat.
Selain itu, 30 lagi mangsa yang terkorban, terutamanya kanak-kanak dan wanita dihantar ke Hospital Baptist di Gaza.
Hospital di bahagian selatan juga dilaporkan menerima puluhan lagi mangsa.
Hanya beberapa minit selepas berakhirnya jeda kemanusiaan tentera penceroboh Israel meneruskan serangan di Semenanjung Gaza pada Jumaat. – Bernama/WAFA