Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Meskipun berbaki hanya kurang 24 jam lagi hari pengundian Calon BN Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor terus mara berkempen untuk memenangi hati pengundi.

Jadual padat untuk aktiviti kempen yang telah diatur diharungi oleh beliau dengan semangat juang yang tinggi.

Tanpa menghiraukan ‘ sosek-sosek sana sini’ – beliau dilihat gigih menyantuni pengundi dari rumah ke rumah, tempat-tempat awam dan menyertai ceramah kelompok serta mega.

Kempen untuk calon BN bertambah rancak dengan kehadiran pemimpin dari BN dan PH yang datang silih berganti.

Mengulas mengenai PRK Kemaman, Raja Mohamed Affandi berkata sehingga kini beliau puas hati dengan sambutan yang diterimanya daripada para pengundi.

” Saya sudah berusaha sebaik mungkin untuk menyantuni pengundi di empat DUN dalam parlimen ini.

” Sambutan amat menggalakkan. Waktu berbaki ini akan digunakan untuk aktiviti kempen bersama pasukan saya, ” ujar beliau sewaktu ditemui di DUN Chukai.

Beliau berkata, kegiatan kempen pula berjalan lancar termasuklah di kawasan sasar.

Untuk PRK Kemaman
calon yang ditampilkan oleh BN bukan calon ‘biasa-biasa’ kerana beliau pernah menabur jasa serta bakti kepada negara.

Beliau adalah bekas tentera berpangkat Jenderal dalam Angkatan Tentera Malaysia .
(ATM).

Tidak mustahil bekas Jenderal ini mampu membuat kejutan dan menjadi pilihan pengundi untuk diangkat menjadi Ahli Parlimen Kemaman yang baharu.

Jika menang pengalaman beliau yang luas dalam bidang keselamatan, pertahanan dan pengurusan amat diperlukan oleh negara.

Sudah pasti pengundi yang bijak akan memilih calon yang diyakini untuk membawa suara mereka ke parlimen.

Untuk itu sudah pastilah kelebihan tersebut ada kepada calon BN.

Beliau juga dilihat mampu memainkan watak penting dalam mengukuhkan hubungan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan khasnya jika dipilih sebagai Ahli Parlimen kelak.

Esok pada 2 Disember 2023 adalah peluang sekali lagi untuk pengundi Kemaman mengundi .

Hari yang amat penting dan hari untuk mereka mencipta sejarah baharu.

Ayuh , pengundi Kemaman pilihlah calon terbaik yang mampu membantu kalian iaitu calon no 1 dari Barisan Nasional.

Selamat mengundi.