Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perjanjian pembebasan tebusan Israel dan tahanan Palestin dijadualkan berlangsung pada pukul 4 petang ini waktu tempatan.

The Times of Israel melaporkan, jeda pertama ‘gencatan senjata sementara’ selama empat hari bermula pukul 7 pagi waktu tempatan hari ini.

Menurut media Israel itu, perjanjian yang ditandatangani antara Israel dan Hamas dengan perantara dari Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat berjalan seperti yang dijadualkan.

Israel mempunyai senarai 13 tebusan pertama daripada 50 yang ditetapkan untuk dibebaskan oleh Hamas sepanjang tempoh jeda empat hari dalam pertempuran di Gaza.

Dalam perjanjian itu Israel juga akan membebaskan 150 tahanan Palestin yang dipenjarakan terdiri daripada kanak-kanak lelaki bawah umur 18 tahun dan wanita.

Israel berkata gencatan senjata sementara boleh dilanjutkan sehari tambahan untuk setiap tambahan 10 tebusan yang dibebaskan oleh pengganas. – Agensi