Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Israel menyerang dua buah sekolah yang dikendalikan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) sekaligus menyebabkan berpuluh pelarian Palestin yang mencari perlindungan didapati mati.

Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dalam serangan ke atas Sekolah al-Fakhoora yang terletak di kem pelarian Jabaliah.

Sementara beratus lagi mati dalam serangan ke atas sekolah Tal al-Zaatar yang juga terletak di utara Gaza.

“Hampir 200 orang terbunuh dalam serangan ini dan jumlahnya dijangka meningkat kerana terdapat banyak di bawah runtuhan. Orang ramai menggunakan penyodok dan tangan kosong untuk menggali orang keluar,” kata wartawan Al Jazeera, Hani Mahmoud.

Beberapa ratus orang dipercayai melarikan diri daripada serangan Israel tanpa henti dan menjadikan kedua-dua sekolah sebagai tempat perlindungan.

Serangan ke atas al-Fakhoora dipercayai berlaku pada awal pagi manakala serangan ke atas Tal al-Zaatar berlaku pada sebelah petang Sabtu.

Ramai rakyat Palestin telah terpaksa melarikan diri ke sekolah yang dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berikutan serangan berterusan tentera Israel dari udara dan darat di utara Gaza.

“Orang ramai yang berlindung di Sekolah al-Fakhoora di kem pelarian Jabalia, ramai yang mempunyai masalah perubatan menyangka mereka boleh mendapatkan perlindungan daripada keganasan. Tetapi tentera Israel seolah-olah menghantar mesej; “Larikan diri ke selatan Semenanjung Gaza,” katanya.

Sebelumnya tentera Israel memberi berpuluh amaran dalam media sosial menggunakan bahasa Arab kepada penduduk Jabalia dan yang lain supaya meninggalkan rumah masing-masing.- Agensi