Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Hasil usaha pengoptimuman konsesi itu bagi kos pengurusan dan pengoperasian Indah Water Konsortium (IWK) dijangka tidak lagi memerlukan subsidi daripada kerajaan bermula tahun hadapan.

Menurut Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan bahawa itu syarikat berkenaan juga menjalankan perniagaan bukan terasnya sendiri seperti program sekular ekonomi, kitar semula bio pepejal dan sewaaan aset pembentungan kepada pihak ketiga.

“Pada tahun ini peruntukan kepada IWK ialah RM90 juta, namun setakat ini IWK mampu beroperasi dengan baik dengan menggunakan RM60 juta sahaja daripada peruntukan tersebut.

“Mesyuarat jemaah menteri pada 20 April 2022 bersetuju dengan pelarasan tarif yang mula dilaksanakan pada Jan 2023, maka kita menjangkakan bermula 2024 IWK tidak perlu lagi subsidi dari pihak kerajaan,” katanya.

Nik Nazmi mengulas demikian ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2024 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata kementerian akan membuat pindaan fasa pertama kepada Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 melibatkan beberapa seksyen spesifik bagi menangani insiden pencemaran secara berkesan.

Katanya pindaan itu termasuk peningkatan tempoh hukuman dan kadar denda ke atas tindakan yang berisiko menyebabkan pencemaran kepada mana-mana alur air atau sistem bekalan air.

“Ia akan naik daripada RM10,000 kepada RM10 juta dan hukuman penjara daripada setahun kepada 15 tahun ataupun kedua-duanya sekali,” katanya.

Selain itu, Nik Nazmi berkata pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi menangani insiden pencemaran secara berkesan juga akan diteruskan dan dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama pada 16 Nov ini.
Persidangan bersambung Selasa. – Bernama