Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kira-kira 380 bayi baru lahir dan 4,600 wanita hamil yang hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza memerlukan rawatan perubatan, menurut Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Khamis.

Agensi PBB itu memaklumkan menerusi platform X bahawa pihaknya berupaya menyediakan rawatan selepas bersalin tetapi persekitaran di tempat perlindungan UNRWA tidak sesuai untuk bayi baru lahir.

Citing the UN Population Fund (UNFPA), UNRWA said there are 50,000 pregnant women in the Gaza Strip and more than 180 are giving birth every day.

Menurut Dana Penduduk PBB (UNFPA) terdapat sekitar 50,000 wanita hamil di Semenanjung Gaza dan lebih 180 bersalin setiap hari, lapor Agensi Anadolu.

Satu-satunya hospital khas untuk kanak-kanak di gaza tidak berfungsi

Hospital Kanak-Kanak Al-Rantisi di barat Gaza tidak lagi beroperasi pada Khamis selepas generatornya gagal berfungsi, menyebabkan nyawa 38 kanak-kanak Palestin yang menderita kegagalan buah pinggang di ambang bahaya.

“Seramai 38 kanak-kanak yang mengalami kegagalan buah pinggang tidak dapat menjalani dialisis selepas Hospital Al-Rantisi, berhenti beroperasi kerana kehabisan bahan api,” kata jurucakap bagi Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza, Ashraf Al-Qudra.

Terdahulu pada Khamis, Al-Qudra mengumumkan semua perkhidmatan perubatan untuk kanak-kanak di hospital dan di Hospital Al-Nasr dihentikan kerana masalah yang sama.

Bagaimanapun, unit rawatan rapi dan taska yang bergantung kepada generator yang lebih kecil masih beroperasi. -Anadolu/Sinar