Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Pengerusi DAP Lim Guan Eng telah memulakan tindakan undang-undang terhadap ahli Parlimen PAS, kerusi Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad kerana mendakwa beliau memiliki hubungan kekeluargaan dengan pemimpin komunis Chin Peng, atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, dan Perdana Menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew.

Lim berkata beliau telah melantik peguam Sankara Narayanan Nair bagi memulakan prosiding undang-undang terhadap Siti Mastura.

Lim turut menggesa Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin untuk memberikan pendirian mereka secara terbuka mengenai dakwaan yang dibuat Siti Mastura.

“Saya telah melantik Sankara Narayanan Nair sebagai peguam saya untuk memulakan prosiding undang-undang dan tindakan jenayah terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura atas ucapan kebenciannya terhadap saya.

“Siti Mastura membuat ucapan kebencian itu di sebuah acara PAS di Kemaman pada 4 November lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MP