Sorting by

×

Kementerian Pertahanan menjelaskan kegusaran warganet mengenai pemilihan pelatih PLKN. Melalui sidang akhbar kementerian, hanya remaja perlu menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) apabila ia dilaksanakan.

Bagaimanapun, jika pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan atas sebab dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan.

“Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga umur 35 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya lagi, pemilihan pelatih untuk menyertai PLKN adalah berdasarkan tahun kelahiran tertentu mengikut bila program tersebut dilaksanakan.

“Sebagai contoh, sekiranya PLKN dilaksanakan pada 2024, maka hanya remaja yang lahir pada 2007 akan dipanggil untuk menjalani latihan tersebut,” katanya.

Akta Latihan Khidmat Negara 2003 menetapkan umur pelatih yang wajib menjalani program itu antara 16 hingga 35 tahun.

Menurut kenyataan itu, secara dasarnya kerajaan bersetuju untuk memperkenalkan semula program tersebut dengan kaedah baharu PLKN 3.0

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Mohamad Hasan berkata cadangan meneruskan semula PLKN mungkin menelan belanja tidak lebih RM100 juta setahun berbanding RM500 juta sebelum ini.