Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengecam serangan rejim zionis ke atas bumi Gaza malam tadi, serta menggesa Israel untuk “segera menghentikan kegilaan tersebut” dan menamatkan serangan yang menyasarkan orang awam.

“Pengeboman Israel ke atas Gaza semakin meningkat malam tadi dan sekali lagi ia menyasarkan wanita, kanak-kanak dan orang awam yang tidak berdosa serta memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sedang berlaku.

“Israel mesti segera menghentikan kegilaan ini dan menamatkan serangannya,” ” kata Erdogan menerusi perkongsian di platform X hari ini.

Erdogan juga menggalakkan rakyatnya untuk turun beramai-ramai dalam perhimpunan solidariti Palestin di Istanbul hari ini anjuran partinya, AKP dengan menyaksikan sekitar sejuta orang hadir pada himpunan itu.

“Kami akan menyatakan dengan lantang dan jelas bahawa kami berdiri bersama rakyat Palestin menentang penganiayaan Israel,” tegasnya.

Lapor Kementerian Kesihatan Gaza, lebih 7,300 orang terkorban, setakat ini. -AFP