Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan akan menggunakan segala cara diplomatik dalam mengekang pembunuhan beramai-ramai orang awam di Gaza dan tidak perlu ada keraguan akan komitmen ini.
Beliau juga yang berucap di Perhimpunan Agung Persatuan Undang-Undang ASEAN (ALA) ke-14 di Kuala Lumpur, hari ini, menegaskan bahawa Malaysia percaya dalam kedaulatan undang-undang antarabangsa serta keselamatan dan kemakmuran menjadi syarat utama dalam kawalan interaksi antara negara.
“Segalanya ada kaitan dengan undang-undang kerana itulah yang sepatutnya kita semua pertahankan pada saat bahaya besar ini dan itu sepatutnya begitu terutamanya bagi negara-negara di dunia yang sentiasa pantas mendakwa bahawa mereka menyokong peraturan berdasarkan perintah antarabangsa.
“Tetapi ia juga tidak ada kena mengena dengan undang-undang kerana negara-negara yang sama ini cepat menangguhkan perbincangan sebegitu apabila ia melibatkan Israel, pendudukan kejamnya terhadap rakyat Palestin dan sikap tidak menghiraukan peraturan berdasarkan perintah antarabangsa,” kata beliau.
Turut hadir dalam Perhimpun tersebut adalah Menteri di Jabatan Perdana Menter (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Berbicara mengenai inisiatif ASEAN, Anwar turut mengulas bahawa negara-negara ASEAN perlu bersama memperjuangkan dasar yang menggalakkan dan mengekkan kesaksamaan jantina menjangkaui pelbagai bidang seperti pendidikan, kepimpinan dan pekerjaan.
Ini turut menggalakan ASEAN memberi dukungan dan memberi ruang kepada sumbangan wanita, memberi peluang sama rata untuk memimpin dan berinovasi di samping mengiktiraf potensi mereka.
Perdana Menteri turut memuji inisiatif selaras dengan Pelan Hala Tuju ASEAN mengenai Penghapusan Bentuk Terburuk Buruh Kanak-Kanak menjelang 2025, rangka kerja kerjasama seluruh rantau yang melengkapkan komitmen dan tindakan menentang buruh kanak-kanak di peringkat global. – BERNAMA