Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) memperuntukkan sebanyak RM300 sebulan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sama ada berpencen ataupun tidak berpencen.

Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, kerajaan membelanjakan RM67.6 juta untuk membiayai bantuan bulanan ini melibatkan 18,786 Veteran Angkatan Tentera.

Menjawab pertanyaan Ahli Parlimen R. Yuneswaran (PH-Segamat) yang meminta Menteri Pertahanan menyatakan skop pemerkasaan sedang dilaksanakan secara menyeluruh terhadap kebajikan dan kelangsungan hidup veteran angkatan tentera sama ada berpencen atau tidak berpencen, sejajar dengan penilaian semula menerusi Skim Perkhidmatan dan Persaraan Negara. Yuneswaran mengemukakan soalan itu ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

Di samping itu juga, beliau berkata yang Kementerian Pertahanan menyumbang khairat kepada anggota dan tanggungannya bernilai RM 3,000 bagi veteran dan RM 1,500.

Sehingga kini, sebanyak RM 455,000 dibelanjakan bagi tujuan tersebut. Bagi aspek kesihatan pula, sebanyak RM 103 juta diperuntukkan oleh Kementerian bagi tujuan rawatan dan ubat-ubatan serta alat yang berkaitan perubatan.

Adly juga berkata bahawa para veteran juga dibantu dari aspek perumahan yang melibatkan pembinaan perumahan baharu sebanyak 40 buah dan 170 pembaikan rumah.

Menurut beliau, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM 557,000 bagi membantu dari segi pendidikan di peringkat rendah dan menengah kepada veteran tentera.

Kerajaan juga menyediakan bantuan bernilai RM 1,000 bagi peringkat diploma dan RM 1,500 bagi peringkat ijazah.

“Disamping itu seperti yang diumum dalam Belanjawan 2024 dimana kerajaan memutuskan diberi bantuan khas RM1,000 melibatkan tambahan peruntukan RM 213 juta,” katanya.

Susulan soalan tambahan Yuneswaran mengenai Pelan Strategik MAMPAN25 oleh LTAT, Adly menjawab bahawa setiap tahun akan ada sekitar 5,000 veteran tentera bagi membantu dalam merangka kerjaya mereka. -Media Perpaduan